"Dulu Waktu Bujang Cepat Je Ada Yang Melamar, Tapi Bila Dah Kahwin..." - Syakirin Husnal
Asraf Aided
26/09/2018 13:27 MYT
26/09/2018 13:27 MYT
Menerusi entri di Instagram, pengacara Syakirin Husnal berkongsi pengalaman dirinya menempuhi fasa selepas perkahwinan.
Menurut Syakirin, ramai yang bertanya tentang perancangan untuk mendapatkan zuriat namun dia memilih untuk terus bersabar dan berfikiran positif.
"Dulu waktu bujang belum sempat 'dibawangkan' oleh mereka yang suka bertanya tentang perkahwinan, sudah ada yang melamar.
"Tapi apabila sudah kahwin, ramai pula yang bertanya bila saya mahu mempunyai cahaya mata, nasib baiklah saya jenis yang tak cepat terasa hati.
"Adalah segelintir pihak yang suka melontarkan kata-kata negatif mengenai perkara ini, namun saya memilih untuk bersabar dan terus bersikap positif dengan mendoakan yang baik-baik," tulisnya.
Pada masa yang sama, Syakirin turut memberi 'hint' seperti mahukan cahaya mata yang kedua di penghujung kapsyennya itu.