Berita

"Dulu Waktu Dia Lahir, Doktor Cakap Suruh Matikan Dia Sebab ....." - Zara Zya

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/05/2019
01:26 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Waktu Dia Lahir, Doktor Cakap Suruh Matikan Dia Sebab ....." - Zara Zya
Pelakon Zara Zya berkongsi kisah menjaga seekor kucing yang mempunyai masalah jangkitan pada kaki.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zara memuat naik sepotong video kucing dijaga olehnya yang tidak mempunyai kaki di belakang akibat dipotong.
"Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong).
"Tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, saya tak sangka Ramlal sekarang aktif, lari laju macam lipas kudung hehehe.
"Dia special sangat. Betullah orang cakap, kalau kita yakin dan sayangkan sesuatu, jagalah dia sebaik mungkin.
"Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila-bila tau," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap Zara yang prihatin terhadap haiwan dan ada juga geram melihat gelagat serta kecomelan kucingnya itu.
"@aishah.gram: Entah kenapa saya sangat tak setuju bila ada doc suggest PTS. Nyawa dia biar dia habis sendiri. Bukan Kita yang patut hentikan sebab kita takde hak untuk tu. Good boy Ramlal."
"@impianbella: Semoga Zara terus dimurahkn rezeki bersama anak-anak comel ni."
"@felisciakoo"Aduhhhh sebak rasanya bila saya baca apa yang awak tulis tu."
"@syafiqahshake"Suara Ramlal tu kelakar. Between saya macam nak nangis tengok kaki dia."
"fidameowmeow: Alhamdulilah. Bagus tindakan @zarazya love you. Katakan tidak padak PTS(put to sleep). Catlover ni dia lain macam sikit bila dah sayang, dia akan sayang sampai mati."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live