Pada Ogos lalu telah berlangsungnya Disney D23 Expo 2019 di Anaheim, California.

Konvensyen yang berlangsung setiap dua tahun anjuran pihak Disney itu menjadi platform buat syarikat gergasi itu untuk mengumumkan sebarang berita dan pengumuman kepada pihak media dan peminat seluruh dunia.

Antaranya termasuklah perancangan terhadap taman tema, rancangan siri Disney, Pixar, francais Star Wars, Marvel Cinematic Universe (MCU) serta platform penstriman terbaru mereka, Disney Plus.

Berita baik buat anda semua, kami telah berkesempatan dan diberi peluang oleh Disney untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku sepanjang D23 Expo 2019 tempoh hari.

Jadi Ini antara yang boleh kami rangkumkan:

#1 Siri Animasi Terbaru Disney & Pixar


Tidak sempurna rasanya jika menyentuh tentang acara besar Disney tanpa memfokuskan naskah animasi mereka. Ternyata perancangan Disney sangat besar dan meluas apabila membabitkan penghasilan filem dan siri animasi.

Antara yang bakal 'dihidangkan' kepada penonton kelak adalah filem animasi Onward yang menampilkan pelakon popular masa kini iaitu Tom Hollan dan Chris Pratt.

Selain itu, filem Raya and The Last Dragon juga menarik perhatian apabila ditulis oleh penulis skrip kelahiran Malaysia, Adele Lim. Adele adalah individu yang sama menulis skrip untuk The Crazy Rich Asian.

Selain dua filem hebat ini, Disney dan Pixar turut menghasilkan filem animasi bertajuk Soul. Tidak ketinggalan dua siri animasi yang bakal disiarkan menerusi platform Disney Plus iaitu Monster At Work dan Forky Ask A Question. Peminat animasi pastinya tidak senang duduk!

#2 Kebangkitan Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU)



Fasa ketiga MCU sudah pun berakhir, kini tiba masanya untuk kita berhadapan dengan fasa keempat.

Menerusi D23, Disney mengumumkan beberapa siri yang bakal dimasukkan di dalam siri Disney Plus.

Antaranya termasuklah The Falcon & The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If...

Selain itu She-Hulk, Ms. Marvel dan Moon Knight juga bakal memeriahkan platform streaming tersebut.

Bagi filem pula, Marvel mengumumkan tarikh tayangan Black Panther 2 yang dijadualkan pada 6 Mei 2022.

Selain itu, menerusi D23 Expo 2019 juga, Marvel membuat kejutan dengan membawa barisan pelakon The Eternal kepada penonton.

#3 May The Force Be With You



President LucasFilms Ltd, Then Kathleen Kennedy mengesahkan Disney Plus akan menjadi 'hub' bagi francais Star Wars termasuklah siri terbaru mereka, The Mandalorian.

Selain itu mereks turut mengumukan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker. Poster pertama filem ini turut didehdakan.

Watak ikonik Star Wars iaitu Obi Wan Kenobi dilakonkan Ewan McGregor bakal 'dijelmakan' semula dalam siri terbaru Star Wars.

Walaubagaimanapun, tajuknya masih belum dinyatakan oleh pihak LucasFilms Ltd.


#4 Taman Tema Star Wars Galaxy Edge


Diinspirasikan dari filem Star Wars, taman teman Galaxy Edge antara yang menjadi fokus pada 23 Expo 2019.

Terletak di Disneyland Resort in Anaheim, banyak tarikan terbaru diperkenalkan. Antara yang sempat kami kunjungi adalah Millenium Falcon Sumgglers Run.

Pengalaman hebat dan menyeronokkan untuk berada di kapal angkasa terpantas galaksi! Malah di situ, terdapatnya Droid Depot untuk anda reka dan bina sendiri droid kepunyaan anda.

Selain Droid anda juga diberi peluang untuk menghasilan sendiri Lightsaber. Senang cerita, anda akan terasa seperti betul-betul berada di dunia Star Wars.

#5 Siri Eksklusif Disney Plus


Akhirnya sekali Disney juga memfokuskan kepada platform penstriman mereka iaitu Disney Plus yang membabitkan kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.

Walaubagaimanapun disebabkan terlalu banyak kandungan yang menarik, anda perlulah menonton video eksklusif di HLive malam ini yang akan bersiaran pada jam 9.30 malam.

Jangan lupa temu janji anda di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)!