"Dup Dap Jantung Saya" - Trailer Filem Jebat Dah Keluar Guys! Jom Tengok
ZULHILMI JALIL
31/08/2020 04:31 MYT
31/08/2020 04:31 MYT
Tinggal 3 hari lagi tayangan filem Jebat bakal menemui penonton.
Trailer rasmi filem yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu juga sudah menemui peminat setia karya arahan Jamal Khan itu sejak semalam.
Menariknya, trailer tersebut diterbitkan pada sambutan hari ulang tahun Sharnaaz yang ke-35.
Wah! Semestinya ia menjadi satu momen istimewa buat Sharnaaz yang memegang watak utama sebagai Jebat dalam naskhah tersebut.
Apa yang pasti, ramai yang semakin teruja untuk menonton filem Jebat selepas menyaksikan sendiri sedutan babak-babak menarik yang bakal disajikan nanti.
Baru sahaja menonton trailer, ramai yang menyifatkan adegan cemas, romantik, aksi dan sedih. Semuanya ada!
"Dup dap jantung saya tengok trailer Jebat.
"Tengok trailer pun dah sedih," tulis sebahagian pengikutnya.
Bahkan, ramai rakan artis yang mengakui teruja sama untuk menantikan hari tayangan pada 3 September ini.
""Okay kena tengok," tulis Nadia Brian.
"Wow, okay akan beli," tulis Fasha Sandha.
Bagi yang belum tengok trailer tersebut, jom kita layan sebentar:
Kalau rasa-rasa nak ambil 'mood' Jebat, apa kata anda layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Nak Lepas Rindu Tengok Sharnaaz, Nelydia? Jom 'Marathon' Layan Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Di Gempak!
Selain Sharnaaz dan Nelydian, filem Jebat menampilkan pelakon Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.
Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.
Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya.
Nak tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua? Jangan lupa saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020.
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.