Ebby Yus Hilang Pendapatan… Akui Rindu Nak Bekerja! - "Kalau Ada Tawaran, Saya Terima"
Ernalisa
30/10/2024 07:55 MYT
30/10/2024 07:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus sentiasa terbuka menerima tawaran bekerja memandangkan bidang seni satu-satunya punca pencariannya sehingga kini.
BERITA BERKAITAN: Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku
BERITA BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”
BERITA BERKAITAN: “Kekuatan Jantung Hanya 27 Peratus, Saya Diminta Bersedia Untuk Dialisis,” - Ebby Yus
BERITA BERKAITAN: Ebby Yus Sambut Baik Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia - "Saya Tak Mengharap Tapi Sekurang-Kurangnya ..."
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upayanya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.
“Kalau tanya saya… memang saya nak kerja sebab tiada pendapatan lain. Tapi apakan daya...
"Saya memang tiada pendapatan lain, inilah (bidang seni) punca rezeki saya.
“Tapi buat masa ini saya kena duduk sahaja di rumah sebab nak buat dialisis saya.
“Kalau ada rezeki atau tawaran, saya terima dan saya akan buat yang termampu,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ebby juga meluahkan adakalanya terbit rasa rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan di lokasi.
Namun, semua itu terpaksa dihentikan seketika apabila kini terpaksa menjalani rawatan susulan di hospital.
“Rindu. Saya rindu kawan-kawan artis… rindu nak bekerja dengan mereka,” katanya sayu.
Dalam pada itu, Ebby turut berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya.
“Syukur ada rakan-rakan yang mengingati dan sudi bantu saya. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih juga pada mereka yang mendoakan saya,” katanya ringkas.
Ebby Yus sebelum ini dimasukkan ke hospital dan selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub di bahagian perut akibat komplikasi buah pinggang pada awal Oktober lalu.