Pelawak Ebby Yus menyambut baik pengumuman Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perutusan tahun baharu 2022, kelmarin.
Bantuan itu disediakan kerajaan kepada mangsa banjir yang rumah mereka musnah dan tidak boleh diduduki untuk dibantu pembinaan kediaman dengan kos sehingga RM56,000 bagi setiap unit rumah dibina baharu.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pengumuman terbabit sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
"Memang satu tindakan yang baik dan bagus daripada Perdana Menteri yang mana jika kerajaan mahu menghulurkan bantuan. Saya pun tidaklah mengharapkan mendapat bantuan penuh, tapi sekurang-kurangnya jika diberi separuh daripada kos pembinaan yang kita buat rumah itu dah syukur juga.
"Ditambah bagi mangsa banjir yang sudah kehilangan rumah. Macam situasi saya, lagilah tanah dihakis dan separuh daripadanya sudah masuk ke dalam sungai. Jadi, kalau diikutkan agak memakan belanja besar kerana nak kena ukur dan tambak tanah itu semula," katanya.
Menurut Ebby, bantuan yang diumumkan kerajaan itu dilihat dapat membantu mangsa banjir terutama mereka yang kehilangan rumah untuk memulakan semula kehidupan.
Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam banjir pada 18 Disember lalu.
Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul dari hasil kerjaya seninya.
Malah, rumah impian Ebby itu hanya tinggal 10 peratus saja lagi untuk siap sepenuhnya dan dia juga sudah merancang masuk tinggal di situ pada Januari ini.
Ebby berkata, kawasan tanah yang tinggal tidak terkena hakisan banjir itu kini hanya suku saja iaitu bilik air dan setor yang selamat kerana berada di kawasan luar, manakala rumah ranap keseluruhan dibawa arus ketika kejadian banjir itu.
Amri Hassan
Mon Jan 03 2022
_1.png?ext=.png)

“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami
dia telah pun berpindah ke rumah yang...

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?
Wah hebat!

#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Lepas ni gambar kita pun dah setanding influencer lah kome hehe.

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?
Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.