Viral

Ebit Lew Sedih Bantuan Terpaksa Diberhentikan, "Duit Saya Sendiri Dah Lebih Sejuta & Jangan Tag Saya Lagi Kes Orang Susah

Zulaikha Yusof
25/04/2020
03:19 MYT
Penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew mendedahkan dia telah dipanggil ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi kenyataan susulan aduan membabitkan kes yang viral baru-baru ini.
BACA: "Beli Besi Dengan Harga Mahal, Beri Duit Belanja & Ingin Belikan Motosikal Beroda Tiga" - Ustaz Ebit Lew Bantu Pakcik Kudung Sebelah Kaki
BACA: Tinggal Di Rumah Yang Berbau & Kotor, Ebit Lew Nangis Tengok Kehidupan Pakcik Stroke Bersama Belasan Anak
Ebit meluahkan rasa sedih kerana niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan telah disalahertikan oleh segelintir pihak.
"Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.
"Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Semenjak PKP ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hayat saya.
"Saya nak beri sehabis baik. Beratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.
"Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah," tulisnya.
Jelas Ebit segala perbelanjaan yang digunakan adalah dari simpanan sendiri bagi membantu golongan dalam kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit saya sendiri dah lebih sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini.. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner dan orang yang putus makanan, susu anak dan tiada tempat tinggal.
"Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok. Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer.
"Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia," luahnya menerusi sebuah entri di Facebook.
Dalam pada itu, Ebit turut mengumumkan dia sudah tidak lagi memberi bantuan secara langsung seperti mana yang dinasihatkan.
"Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah.
"Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafkan semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
"Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

gempak
09/07/2024
05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Penyebaran Gambar Kecederaan Didakwa Zayn Rayyan Disiasat Bukit Aman

gempak
02/07/2024
05:41 MYT
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta

gempak
14/06/2024
06:22 MYT
Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.
Hiburan

Hantar 2 Biji Kontena Berisi Ubat, Makanan, Pakaian & Khemah, Alha Alfa Rancang Masuk Rafah – “Ini Merupakan Jihad Kecil Kami”

gempak
10/06/2024
08:25 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa telah berangkat ke Rafah bagi menghantar sebanyak dua biji kontena bekalan kemanusiaan kepada saudara di Palestin yang terkesan dek tindakan zalim rejim Israel.
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.