Laman Utama
Ebit Lew Sumbang Cermin Mata Untuk Kegunaan Pelajar, Netizen Puji Idea Bernas - “Ramai Anak-Anak Rabun Tapi Tak Bagitau Ibu Bapa”
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew berniat untuk menghadiahkan 1000 cermin mata untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit membuat pengumuman baik tersebut untuk tatapan umum.
“Saya nak hadiahkan 1000 cermin mata berjumlah RM200,000 untuk pelajar yang memerlukan dari seluruh Malaysia.
“Kita akan beri mengikut sekolah yang terpilih. Guru atau wakil sekolah boleh WhatsApp 0149255109. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya menerusi satu hantaran.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha Ebit dalam menyumbangkan cermin mata memandangkan ramai pelajar yang mengalami masalah rabun.
“Baik sungguh la ustaz ni macam-macam dia bg kat org yg betul-betul susah. Semoga keluarganya di lindung Allah selalu amin,” doa seorang wargamaya.
“Alhamdulillah. Idea yang sangat hebat. Ramai kanak-kanak dan pelajar ada masalah rabun tetapi tidak melaporkan kepada ibu bapa atau guru. Kesannya mereka ketinggalan pelajaran di dalam kelas,” komen seorang wargamaya.
“Tiada kata yang dapat saya ucapkan. Syukur Alhamdulillah, dikurniakan insan semulia UEL. Semoga kebaikan yang dilakukan menjadi asbab untuk lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah beliau melakukan kebaikan,” luah seorang wargamaya.
“Bagus inisiatif ni. Ramai sebenarnya murid-murid yang rabun. Kesian mereka duduk belakang tak dapat nak ikuti pelajaran. Terima kasih ustaz,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 4,000 perkongsian di laman Facebook.
Terdahulu, Ebit telah memberikan 500 tablet hasil sumbangan wang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk diagihkan kepada pelajar bagi memudahkan mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Must-Watch Video