Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa terharu mendapat sokongan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail dalam misinya membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Ebit, TMJ telah menghadiahkan wang sebanyak RM200,000 untuk misinya dan ingin menaja anggota yang bekerja dengan Ebit menunaikan umrah.

Perkara itu dikongsi Ebit menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ, @hrhcrownprinceofjohor. Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan juga RM200,000 bagi misi saya.

"Tunku juga ingin taja semua team saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Ebit juga sempat memuji kebaikan TMJ yang suka memikirkan tentang keadaan rakyat.

"Ya Allah, TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda, naikkan institusi pendidikan.

"Saya malu sangat, serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan saja, sedangkan saya cuma orang biasa," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji usaha murni TMJ dan ebit. Malah, ada juga yang terharu membaca perkongsian tersebut.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)