Penyanyi antarabangsa popular, Ed Sheeran dikhabarkan sudah berkahwin dengan tunangnya, Cherry Seaborn.

Ketika Ed menghadiri salah satu sesi temubual bersama pengacara Scott Evan, persoalan mengenai perkahwinan dibangkitkan.

Tidak menjawab persoalan pengacara, Ed hanya tersipu malu sambil menunjukkan cincin perak yang tersemat di jarinya.

Ed turut menjelaskan dia seorang individu yang menyimpan rahsia mengenai kehidupan peribadinya.

Tiada pengesahan lanjut mengenai khabar perkahwinan mereka yang sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak.

Ed bertunang dengan Cherry pada penghujung 2017 dan mendedahkan berita gembira terbabit menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Sumber: US Weekly