,
Laman Utama

Eddie Wings Buat Show Di NUSA FEST Sehari Isteri Meninggal Dunia, Awie Dedah Arwah Isteri Minta Maaf Setiap Hari

Maliah Surip
09/07/2023
02:50 MYT
Bukan sebuah keputusan yang mudah namun kerana sikap profesional dan tanggungjawab terhadap pekerjaan, pemain gitar bass kumpulan Wings, Eddie tetap ikut melakukan persembahan sehari selepas isterinya meninggal dunia.
BACA: Isteri Meninggal Dunia Ketika Dialisis, Eddie Wings Reda - "Sudah 2 Minggu Dia..."
Isteri Eddie, Allahyarham Norlela Mohd Yusof menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi buah pinggang sekitar pukul 2.10 petang Jumaat di Hospital Ampang.
Wings pula menjadi headliner pada malam pertama NUSA FEST yang berlangsung pada Sabtu di Bandar Malaysia.
Namun Eddie membuat keputusan untuk ikut serta membuat persembahan bersama anak perempuannya, Bila menyifatkan ia sebagai tanggungjawab dan tidak mahu mencampur adukkan urusan luar dengan kerja.
“Ini tanggungjawab saya sebagai pemuzik. Apa masalah yang timbul di luar, saya tidak boleh campur adukkan, jadi saya fokus malam tadi.
“Apa lagi apabila semua rakan (Wings) membantu pengurusan arwah di hospital sampai kebumi, itu membuat saya lebih kuat.
“Saya bersedia dan saya reda, Alhamdulillah,” ujar Eddie yang ditemui di belakang pentas usai Wings membuat persembahan penutup pada malam pertama NUSA FEST.
Eddie juga memberitahu Bila mengikut keputusan yang dibuatnya lalu turut serta menjadi penyanyi latar Wings pada malam tersebut.
“Bila memang ikut saya. Dia kata kalau daddy tak ada, dia pun tak ikut. Dia tulang belakang saya sekarang ini,” tambah Eddie lagi dalam nada sebak.
Mengulas sedikit tentang kenangan terakhir bersama isteri, Eddie memberitahu Allahyarham tahu dia akan membuat persembahan di NUSA FEST dan telah dirawat selama dua minggu di hospital.
“Isteri tahu Wings terbabit dengan NUSA FEST. Arwah berada di hospital dan saya juga Bila bergilir menjaganya. Bila datang jaga tengahari, saya petang dan begitulah rutin kami selama dua minggu sejak arwah dimasukkan ke hospital,” kata Eddie.
Sementara itu vokalis Wings, Datuk Awie mendedahkan Allahyarham meminta maaf setiap hari kepada Eddie sepanjang menerima rawatan di hospital.
“Apa yang saya tahu arwah minta maaf setiap hari kepada Eddie,” katanya.
Awie juga memberitahu tidak memaksa Eddie untuk ikut bermain pada malam tersebut dan bersedia mencari pengganti.
“Sebenarnya kami tahu kalau Eddie tak sedia, kami cari pengganti, kami tidak memaksa.
“Saya risau dari sudut kesihatan dan emosi beliau terganggu atau berlaku benda tak elok atas pentas,” ujarnya.
Meski memberitahu hanya memberi 50 peratus ‘tenaga’ persembahan kerana kesemua anggota Wings masih berduka, namun persembahan kugiran rock tanah air ini tetap mendapat sambutan hangat.
Wings mempersembahkan lagu hit mereka seperti Jerangkung Dalam Almari, Sejati dan lagu Harapan yang ditujukan buat Eddie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar