Pelakon dan model berasal dari Malaysia, Miller Khan yang sedang menempa nama di Indonesia baru-baru ini dipuji selepas memuat naik foto pelik dirinya di laman sosial Instagram (IG).

Dua hari lalu Miller telah memuat naik tiga keping foto dirinya yang sudah disunting berkonsepkan ‘Narcissism’.

Walaupun foto-foto tersebut boleh mencetuskan kontroversi, namun rata-rata pengikut Miller di IG memuji hasil seni pelakon Ratu Ilmu Hitam itu.

Ternyata Miller bijak mengetengahkan konsep ‘Narcissism’ atau obses kepada diri sendiri itu apabila menggabungkan dua watak dengan wajah yang sama melakukan aksi seperti bercumbu sehingga menjilat diri sendiri.

Nampaknya eksperimen Miller menjadi, sungguhpun ada yang mengkritik dan melihat aksi sensual itu sebagai pasangan sejenis yang sedang bercinta.

M & M #narcissism by @vickar.adam .

A post shared by Miller Khan (@miller_khan) on

Jika dilihat kembali motif disebalik foto-foto Miller itu, jelas menampakkan tentang sikap manusia yang mengagumi diri sendiri.

Narsistik adalah gangguan personaliti di mana seseorang menganggap dirinya sangat penting dan mahu dipuji atau dikagumi oleh orang ramai kerana terlalu obses dengan diri sendiri.

Foto-foto yang dimuat naik Miller itu telah mendapat 18 ribu tanda suka dengan hampir 1700 komen sejak dua hari lalu.

Rata-rata yang memberikan komen mengharapkan agar Miller terus kreatif dalam menghasilkan karya-karya astistik.