Hiburan

Kegagalan Penyewa Membayar Sewa Punca Rumah Farid Kamil Dilelong - "Dia Bukan Tidak Mampu Tapi..."

gempak
Ainun
10/01/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kegagalan Penyewa Membayar Sewa Punca Rumah Farid Kamil Dilelong - "Dia Bukan Tidak Mampu Tapi..."
Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Farid Kamil mengenai dakwaan rumah miliknya dilelong, pengurusnya, Azhari, tampil memberikan penjelasan situasi sebenar.

Farid tak tinggal di rumah itu

Menurut Azhari, rumah itu memang milik Farid Kamil, namun suami kepada aktres Diana Danielle itu tidak tinggal di situ kerana rumah tersebut telah disewakan kepada seorang penyewa.
Masalah ini timbul apabila penyewa berkenaan gagal memaklumkan kepada Farid atau pihak pengurusan bahawa dia tidak mampu membayar sewa, menyebabkan isu ini menjadi tular.

“Rumah itu memang rumah Farid Kamil, cumanya dia tak tinggal di situ. Farid sewakan rumah itu kepada penyewa, dan penyewa bertanggungjawab untuk membuat pembayaran.

“Namun, apabila penyewa tidak memberitahu kami tentang kegagalannya membayar sewa, masalah ini timbul,” katanya ketika dihubungi oleh Gempak.

Tak Bayar Sewa

Bagaimanapun, Azhari menegaskan rumah tersebut belum dilelong. Isu ini bukan berpunca daripada ketidakmampuan Farid untuk membayar, tetapi disebabkan oleh penyewa yang gagal melunaskan bayaran sewa sejak akhir tahun lalu.
Akibat kegagalan tersebut, notis lelongan rumah baru diterima oleh Farid baru-baru ini.

“Sebenarnya, rumah itu belum dilelong. Farid bukan tidak mampu membayar, cuma dia tidak tinggal di rumah itu.

“Farid menyerahkan tanggungjawab pembayaran kepada penyewa, tetapi penyewa tidak membayar sejak hujung tahun lalu. Baru-baru ini, Farid menerima surat notis lelongan daripada pihak bank,” jelasnya.
Pada masa yang sama, pengurus Farid memohon agar kenyataan media yang menimbulkan salah faham terhadap Farid Kamil diperbetulkan. Dia juga berharap fakta sebenar dapat dijelaskan untuk membersihkan nama Farid daripada tuduhan yang tidak tepat.

“Saya mohon supaya kenyataan media diperbetulkan. Bukannya Farid yang tidak membayar rumah itu, tetapi penyewa yang gagal melunaskan bayaran,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial bahawa rumah Farid Kamil tersenarai dalam senarai lelongan bank dan dilaporkan bakal dilelong pada 22 Januari nanti.

BERITA TRENDING: Usaha Keras Berbaloi! Ratu Miss Charm 2024 Rashmita Rasindran Korbankan Waktu Tidur Untuk Buat Latihan - "4-5 Jam Sehari..."

BERITA TRENDING: Bayi Meninggal Dunia Di Taska Buat Uyaina Arshad Takut Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan - “Hancur Hati Baca Luahan…”

BERITA TRENDING: Nama Digugurkan Beberapa Stesen TV, Jay Iswazir Anggap Bukan Rezeki - “Tipu Saya Kata Tidak Kecewa Tapi…”

BERITA TRENDING: 5 Tahun Belajar Bahasa Melayu, Rahsia Dua Beradik Warga China Ini Raih Pelanggan Di Beijing - "Kalau Menguntungkan Mengapa Tidak..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024