Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Eh Asal Sofyank Peluk Anak Afdlin Shauki?” - Netizen Terkejut Tengok Foto Mia Sara Dengan Kekasih, Rupa-Rupanya…

Asyikin Mayudin
31/07/2023 02:55 MYT
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.

Malah foto tersebut juga mendapat reaksi daripada Sofyank gara-gara netizen menyangkakan kekasih Mia adalah pereka kandungan digital dan pempengaruh media sosial itu disebabkan wajah mereka seakan-akan.

“Nampak sama tapi itu bukan saya gais. Kalau saya dalam gambar bawah ini,” tulis Sofyank dengan turut memuat naik foto dia bersama isteri tercinta.

Membalas semula status itu, Mia yang juga seorang pelakon memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan turut mendedahkan nama kekasihnya juga sama dengan pempengaruh tersebut iaitu Sufiyan.

“Minta maaf sangat tentang semua ini. Sumpah kekasih saya dalam gambar itu wujud dan nama dia Sufiyan juga,” balas Mia Sara.

Penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 itu juga mengajak teman lelaki Mia untuk membuat video bersama agar meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam kalangan netizen.

“Nampak gaya kena ajak Sufiyan itu buat video sekali untuk declare fasal kami bukan orang yang sama,” kata Sofyank membalas semula komen Mia.

Rata-rata netizen turut mengakui wajah mereka berdua sememangnya kelihatan sama sehingga ada yang terkejut Sofyank berpelukan dengan anak Afdlin.

“Aku pun pelik, ‘eh asal Sofyank peluk anak Afdlin Shauki pula ini. Rupa-rupanya…

“Wey suruh Sofyank jumpa. Kang naya kena fitnah. Habis kena tidur luar,” komen beberapa netizen.

BACA SINI: #PE3: Sofyank Pun ‘Berlakon’ Dengan Inspektor Khai & Inspektor Sani Dalam Polis Evo 3? Kemah Boh!

BACA SINI: Didakwa Sudah Berkahwin, Ini Jawapan Afdlin Shauki - “InsyaAllah Dalam 1 Ogos Nanti Saya Akan…”


#Mia Sara #Afdlin Shauki #Sofyank #Mia #Isteri Sofyank #Kekasih Mia
;