Nama adik Kiki dan Farha tular baru-baru ini menerusi sebuah pertandingan nyanyian yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Sebenarnya kalau nak tahu, kedua-dua kanak-kanak itu juga antara peserta dalam pertandingan realiti nyanyian terbaharu The Chosen One.

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


The Chosen One menggandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.

Apa itu The Chosen One?

1. 16 orang peserta kanak-kanak

Seramai 30 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup dan 16 daripada mereka dipilih oleh lapan orang selebriti, atau jurulatih rancangan ini untuk berentap di Episod Prelude.

2. 8 akan bertanding selama enam minggu

16 peserta teratas yang dipilih dalam sesi ini akan bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih sahaja akan bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.

3. Tema berbeza setiap minggu

‘The Chosen One’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran kepada para peserta. Mereka yang gagal menarik perhatian para juri serta mencapai kriteria pemarkahan yang ditetapkan akan disingkirkan.

4. Kriteria pemarkahan

Setiap persembahan daripada barisan peserta bersama pasangan selebriti mereka diadili sepenuhnya oleh pihak juri berdasarkan teknik vokal (50%), kreativti dan feel (30%) serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

5. Juara dapat RM30,000

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara The Chosen One’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM30,000. Naib juara akan membawa pulang RM20,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

6. Awie & Jihan Muse juri

‘The Chosen One’ diterajui penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar bersama penyanyi dan pelawak, Namie sebagai hos, manakala gabungan unik Dato’ Awie dan Jihan Muse sebagai juri tetap menyerikan lagi rancangan ini pada setiap minggu. Kedua-dua juri hanya mempunyai satu imuniti sahaja untuk menyelamatkan peserta dari tersingkir.

7. Mentor hebat!

Rancangan ini turut membariskan penyanyi-penyanyi terhebat tanah air termasuk Shiha Zikir, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Putera Muhammad, Wani Kayrie, Hazama serta Kmy Kmo dan Luca Sicta sebagai jurulatih dan juga pasangan setiap peserta. ‘The Chosen One’ turut menampilkan nama-nama hebat sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


8. Kembangkan potensi nyanyian

Ketua Kandungan Kanak-Kanak, Farah Fauzana, berkata saluran No.1 kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria bukan sahaja memberikan kandungan yang menarik dan selamat kepada kanak-kanak bahkan komited mengembangkan industri hiburan nyanyian kanak-kanak.

"Menerusi ‘The Chosen One’, kami berpeluang untuk menampilkan bakat-bakat baharu di kalangan generasi muda yang ternyata hebat dan luar biasa. Walaupun industri muzik kian dipelopori personaliti-personaliti TikTok atau YouTube, platform seperti ‘The Chosen One’ kekal relevan dalam mengasah bakat-bakat yang ada.

"Bukan mudah untuk mendapatkan peluang digandingkan dengan nama-nama yang sudah berjaya dalam industri. Apatah lagi dididik dan diberikan coaching secara terus menerus. Pengalaman dan ilmu seperti ini sememangnya unik dan jarang sekali boleh didapatkan dari mana-mana platform.

“Kami berharap para penonton terhibur dengan persembahan mereka sekaligus memberikan sokongan terhadap perjalanan baharu kanak-kanak ini untuk lebih bersinar dalam bidang nyanyian pada masa hadapan," kata Farah.

9. Bersiaran mulai 6 September

'The Chosen One’ akan ditayangkan bermula hari ini (6 September 2023), pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ceria (611). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

10. Senarai peserta The Chosen One


1. Cinta – 9 tahun
2. Muhammad Rayyan Rifqi – 9 tahun
3. Nur Qahirah Maisarah – 11 tahun
4. Amirul Ashraff Khan – 11 tahun
5. Amir Sisi – 12 tahun
6. Raja Dayana Umayma – 13 tahun
7. Aliaa Athirah – 13 tahun
8. Hannah, Hannis & Eva – 14 tahun
9. Reyza Fenge – 15 tahun
10. Ahmad Rizarofiq – 15 tahun
11. Nur Nurul Iman – 16 tahun
12. Afrina Damia – 16 tahun
13. Nur Zuleikha Qaisara – 17 tahun
14. Erika Foo Hann Yi – 17 tahun
15. Sera Yue Zi Xin – 17 tahun
16. Khalyn – 17 tahun