Semua orang tahu pelakon dan model Hanis Zalikha, isteri kepada Hairul Azreen sedang sarat mengandung cahaya mata kedua mereka.

Tetapi pasti ramai yang terkejut dengan apa yang dikongsi oleh Hanis pada satu entri di Instagramnya.

"Bujibu antara yang terawal tahu I pregnant. Sebelum kami jumpa doktor pun dia dah start tidur atas perut Mommy.

"Dulu masa Yusuf pun dia buat camtu!!! Dia nak suruh diorang watch out ke," tulis Hanis Zalikha.

Bujibu antara yang terawal tahu I pregnant. Sebelum kami jumpa doktor pun dia dah start tidur atas perut Mommy. Dulu masa Yusuf pun dia buat camtu!!! Dia nak suruh diorang watch out ke

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Ramai peminat meninggalkan komen-komen nakal dan bergurau pada entri tersebut.

"Kita pun nak bela kucing lah camni," tulis @flowernur.fn.

"Masalahnya, harga kucing ni lagi mahal dari harga preg test kit tu," gurau @izzah_jasmon.

Rata-rata peminat turut memuji Bujibu, kucing kepunyaan Hanis dan Hairul yang cukup famous di Instagram.

Kredit Gambar: Instagram