Hiburan
“Eh, Suami Aku Pun Minta Izin Tau Kalau Nak Pergi Mana-Mana”- Ozlynn Kongsi Tips Bahagia
Pelakon Ozlynn berkongsi salah satu tips kunci kebahagiaan rumah tangga yang diamalkan bersama suami tersayang, pelawak dan juga penyampai radio ERA, Johan.
Ozlynn mendedahkan tips tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Ozlynn, selain tanggungjawab, kepercayaan diberikan antara suami dan isteri juga merupakan satu perkara yang tidak boleh disia-siakan.
“My real duyung… Kalau buh dugong sebelah abis. Kakak Chantiq fefeeling duyung cantik. Bila anak makin besar ni rasa macam eh sikitnya anak aku.
“Boleh ngandung lagi ni tapi bila fikir balik nak bangun tengah-tengah malam balik... Hahahahah terus nyanyi lagu Kris Dayanti, ku tak sanggupppppppp.
“Macam aku, mengandung, bersalin tak ada masalah. Alhamdulillah... Cuma faktor umur la weh, lain rasa masa ngandungkan Moleiq. Lemau naw-naw, berbeza tau ngandung umur 20-an dengan 30-an.
“Laki aku dah dok kira-kira kalau ngandong lagi anak aku 15 tahun dia dah 50 lebih, macam atok anta cucu pi school dia kata.
“Untuk aku age doesn’t matter... Yang penting tanggungjawap! Mampu ke? Jangan tau buat anak pastu anak-anak terbiar merayau tah ke mana. Makan ke anak? Siapa kawan-kawan dia.
“Yang laki risau dok usik anak dara orang, yang perempuan dok risau jantan dok hangkut. Semua tu kena tau.
“Aku sampai ke tua nih pun kawan laki ajak keluar aku suh jumpa laki aku dulu mintak izin padahal nanti laki aku join jugak tapi mesti kena minta izin suami aku ye!
“Aku ajar kawan lelaki aku macam tu so suami aku tau aku keluar pergi mana dan dengan siapa. Nanti dia nak datang join ke amik ke senang.
“Kadang pi main badminton je tetap kena minta izin suami. Ha tu salah satu tips kebahagiaan. Eh, suami aku pun minta izin kat aku tau kalau nak pergi mana-mana.
“Kata dia bukan sebab apa takut fitnah, takut kalau aku ada plan lain ke, perlukan dia. Nampak tak? Sebenarnya senang nak bahagia kalau suami isteri tau tanggungjawap masing-masing,” kongsinya.
Terdahulu, Johan dan Ozlynn telah berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.