Pelakon Nad Zainal telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Nad bersama anaknya, Fahad Ibrahim semasa sambutan hari lahirnya semalam.

ENIGMA in GREEN Selesa walaupun berjalan dengan anak lasak @farrabynadzainal Bag @catsandraga

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


Rata-rata pengikut Nad tidak melepaskan peluang meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Walau bagaimanapun, foto tersebut mencetus perhatian netizen yang beranggapan Nad sedang hamil sekarang.

"@dayangnoorashikin: @nad.zainal preggy ke?"

"@nzaihawahab: Eh yem nak dapat adik ye tahniah @nad.zainal," tulis netizen tersebut.

Nad tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"@dayangnoorashikin pakai baju loose preggy ke," tulisnya.



Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim.