Laman Utama

Eina Azman Kembali Aktif, Tapi Masih Takut Sebab...

gempak
Asraf Aided
30/12/2020
11:36 MYT
Sponsor Banner
Eina Azman Kembali Aktif, Tapi Masih Takut Sebab...
Pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dia mengambil masa yang agak lama untuk kembali aktif bergiat dalam bidang seni sejak pandemik COVID-19 mula melanda.
Menurut Eina, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, dia hanya berehat di rumah dan hanya kembali bekerja pada awal Ogos menyertai program The Masked Singer.
"Pada mulanya, suami saya tak beri saya kerap keluar sebab kami ada anak yang masih kecil, kami memang mengambil langjah berjaga-jaga, nak salam orang lain pun fikir dua tiga kali kerana risau akan penularan wabak ini.
"Sehinggalah awal bulan Ogos lalu saya menerima tawaran dari Astro untuk menyertai program The Masked Singer, bermula itulah saya ada keyakinan untuk bekerja ketika pandemik masih melanda.
"Saya terima tawaran The Masked Singer itupun kerana telah diberitahu lebih awal yang saya akan duduk dalam bilik sendiri dan tidak berjumpa orang ramai, jadi ia membuatkan saya rasa lebih selamat," katanya.
Eina berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggamran drama The Maid di Cyberjaya baru-baru ini.
Tambah Eina, meskipun masih bimbang dan takut dengan penularan COVID-19, namun dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar.
"Sebenarnya saya masih takut, namun apa yang boleh dilakukan adalah sentiasa berjaga-jaga.
"Amalkan kebersihan tangan, jangan bersalam dengan orang dan amalkan penjarakan fizikal, saya rasa semua orang pun faham jika kita tidak berjabat tangan di waktu sukar sebegini," katanya lagi.
Selain Eina, The Maid yang bakal menemui anda di Astro Ria ini turut dibintangi oleh Norman Hakim, Sherry Alhadad, Mira Filzah, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live