Tinggal bersingan membuatkan Datuk Eizlan Yusof sering menonton video anak-anaknya sebagai pengubat rindu.
“Saya tak kisah pun kalau orang kata foto atau video anak lebih banyak berbanding diri sendiri. Ada sebab kenapa saya buat begitu.
“Sebenarnya Instagram (IG) banyak video anak sebab rindu, lagipun kami tidak tinggal sebumbung jadi video itu sajalah pengubat hati saya.
“Lebih mudah sebenarnya jika muatnaik di IG, saya boleh tonton video terdahulu mereka berulang-kali dengan lebih cepat tanpa perlu mencari dibahagian galeri video yang ada di telefon pintar.
“Setiap malam sebelum tidur saya pasti akan tengok video dulu sampai tersenyum sendirian. Hilang sikitlah penat bekerja bila lihat gelagat comel mereka.
“Anak yang sulung dah pandai guna telefon pintar jadi dialah yang hantarkan kepada saya video-video itu.
"Kadang-kadang bila bertemu, saya sendiri pun tidak lepaskan peluang merakamkan momen-momen menarik bersama mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Lara Aishah baru-baru ini.
Dalam pada itu, Eizlan turut menyatakan rasa syukur kerana bekas isterinya, Vee Santie, 30, tidak pernah menghalangnya untuk bertemu tiga orang anaknya sekerap mungkin.
“Alhamdulillah, saya boleh jumpa anak-anak bila-bila masa saja dan bekas isteri juga tidak halang atau letakkan limit masa ketika bertemu mereka.
“Anak-anak masih kecil untuk faham situasi yang berlaku. Tetapi disebabkan kami kerap bertemu, jadi setiap kali saya tiada mereka hanya fikir saya keluar bekerja,” ujarnya.
Mengulas mengenai kehidupan peribadi, pelakon berusia 45 tahun ini menjelaskan dia belum terfikir untuk mencari pengganti.
“Buat masa ini saya sibuk dengan kerja dan masih belum terlintas untuk cari pengganti. Lebih selesa habiskan masa bersama anak-anak.
“Lagipun saya kini sambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Dengan belajar dan juga bekerja, saya rasa belum tiba masanya nak fikir tentang pengganti dalam masa terdekat.
“Kalau kawan, ya memang saya ada ramai kawan wanita tapi yang istimewa itu tidak ada.
“Saya tidak kata saya menutup pintu hati untuk berkahwin cuma bagi saya jodoh itu ditangan tuhan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kalau ada jodoh, saya terima,” jelasnya.
Terdahulu, Eizlan berkahwin dengan Vie Santie Harun pada tahun 2007 sebelum disahkan bercerai pada Februari 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.
Dalam perkembangan lain, Eizlan turut membintangi drama Lara Aishah terbitan Global Station Sdn Bhd yang bersiaran setiap Isnin - Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di Astro Prima (saluran 105) dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135).
Ahmad Shah
Sun Sep 04 2016
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.