Masih teringat lagi keterujaan peminat sewaktu Marvel mengumumkan barisan pelakon Eternals beberapa tahun lalu.

Ketika itu, tumpuan pastinya terarah kepada pelakon bertaraf A list, Angelina Jolie.

Bagaikan ratu dalam industri perfileman Hollywood, kehadiran Angelina pastinya bakal mengubah ‘benchmark’ Marvel Cinematic Universe(MCU), sekali gus meletakkan posisi Marvel kepada tahap yang lebih tinggi.

Gempak berkesempatan untuk menemu bual Angelina Jolie secara eksklusif dan berikutan merupakan perkongsian beliau mengenai lakonannya sebagai Theena dalam Marvel Studios' Eternals.

Gempak: Watak Thena menggambarkan seorang wanita yang sanggup berjuang demi kasih sayang dan cinta, adakah anda juga sebegitu?

Angelina Jolie: Saya tak tahu bagaimana saya dan Chloé Zhao menghasilkan satu skrip ini.

Sejurus selepas itu, saya ada memberitahu anak-anak saya yang ada satu ayat khas ini juga ditujukan kepada mereka.

Sebaik menonton, terus mereka tahu ayat itu untuk memang ditujukan kepada mereka.

Sanggup berjuang demi orang tersayang, yes!

Tidak mustahil untuk saya perjuangkan bukan hanya untuk orang yang sayang dan ambil berat, malah sesiapa saja yang saya rasa memerlukan keadilan.



Gempak: Thena boleh dikatakan sebagai watak paling sukar untuk dibawa, apakah sebenarnya cerita disebalik karakter Thena ini?

Angelina Jolie: Saya rasa Thena agak mencabar kerana dia dipisahkan dengan dua karakter berbeza.

Dia bergelut dengan isu mental dan perasaan yang sangat kecewa dan rapuh.

Namun, dia juga seorang yang cuba untuk menjadi kuat untuk sesiapa saja yang dia sayang.

Itu antara cabaran yang menarik untuk diterjemahkan dalam Eternals. Untuk menjadi sangat terdedah dan lemah, namun pada masa sama sangat kuat.

Saya mahu penonton melihat individu yang rapuh ini juga adalah seorang yang dalamannya. Mereka sedang memperjuangkan sesuatu.

Gempak: Apakah reaksi anak-anak anda tentang karakter dalam Eternals?

Angelina Jolie: Anak saya sangat suka Eternals dan mereka bertanggapan karakter ini sangat menggambarkan diri saya.

Mereka telah lihat sisi terburuk saya, melihat saya kecewa, menangung kesakitan.

Tetapi mereka juga tahu saya akan lindung dan perjuangkan siapa saja yang saya sayang.

Mereka juga sukakan watak Gilgamesh kerana dia melindungi saya.

Malah mereka juga terhibur dengan babak akhir saya di dapur kerana mereka tahu saya sangat teruk di situ.

Mereka selalu gelakkan saya ketika saya di dapur sebab saya ‘bakar’ banyak benda.

Gempak: Bagaimanakah yang mendorong anda untuk setuju menyertai Eternals, adakah disebabkan jalan cerita, skrip atau barisan pelakon?

Angelina Jolie: Saya sertai Eternals kerana barisan pelakonnya, saya mahu menjadi sebahagian daripada ‘diversity’ atau kepelbagaian ini.

Saya tahu jika kita hasilkan filem ini, ia akan memberi semangat kepada ramai individu terutama golongan muda yang akhirnya merasakan mereka juga adalah superhero.

Saya juga percaya Chloé Zhao seorang pengarah yang hebat dan bijak.

Selain itu, ada juga sebahagian daripada diri saya tak yakin sekiranya saya mampu membawa watak ini.

Sudah lama saya tidak melakonkan babak-babak aksi begini, dan ia agak mencabar untuk kembali.

Gempak: Anda mempunyai banyak ‘screen time’ atau babak bersama Don Lee yang melakonkan watak Gilgamesh, apakah pandangan anda terhadap Don Lee?

Angelina Jolie: Saya suka berlakon dengan Don! Kami jumpa tak sampai seminit dan terus jadi kawan baik.

Kami mempunyai persamaan iaitu sukakan lakonan, namun pada masa sama meminati babak aksi.

Dia sangat baik dan rajin! Babak kegemaran saya bersama Don adalah ketika saya berada di situasi yang sangat terdedah atau lemah.

BACA : EKSKLUSIF: Tentang Eternals, Angelina Jolie & Park Seo-Joon, Don Lee Buka Cerita Bertinju & Starstruck!

Jangan Lupa Tonton Marvel Studios' Eternals!


Sekadar info, Eternals mengisahkan sekumpulan makhluk istimewa bergelar Eternals ciptaan entiti-entiti seakan dewa yang dikenali sebagai para Celestials.

Misi utama Eternals adalah untuk memusnahkan populasi sekelompok makhluk digelar Deviants.

Adakah mereka berjaya menewaskan Deviants, anda perlu saksikan Eternals yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam!

BACA: #PopcornTime: Adakah Eternals Filem Marvel Paling Hebat Pernah Dihasilkan? Ini Ulasannya!