Kelmarin pelbagai spekulasi mula melanda media sosial apabila gambar-gambar pertunangan Syafie Naswip dan Aishah Azman serta gambar-gambar mereka bersama 'hilang' daripada Instagram masing-masing.
Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada netizen dan juga teman-teman artis yang mula bertanya tentang perkara yang sama.
Melihat kepada Instagram mereka, Gempak mendapati bukan sahaja gambar-gambar bersama sudah tidak ada, mereka juga sudah tidak mengikuti antara satu sama lain.
Gempak menghubungi Aishah yang ketika itu sedang menjalani satu penggambaran. Apabila ditanya tentang perkara tersebut, Aishah tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan apa-apa statement. Kalau pihak Ayie (Syafie Naswip) mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.
"Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat," kata Aishah dalam nada sedih tapi bertegas tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan daripada pihaknya.
Gempak kemudian cuba menghubungi Syafie Naswip beberapa kali dan hanya lewat malam tadi barulah panggilan berjawab.
Ditanya soalan yang sama tentang hubungan antara dia Aishah, Syafie terdiam seketika.
"Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini," kata Syafie.
Tambah Syafie, dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.
"Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan," katanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Aishah.
"Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?
"Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya," tambah Syafie lagi.
Kata Syafie, dia tidak lagi akan membuat sebarang kenyataan tentang pertunangannya yang putus di tengah jalan.
"Ini kali pertama dan terakhir saya akan membuat kenyataan. Saya memohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak akan menjawab apa-apa.
"Mereka boleh rujuk sahaja apa yang saya katakan ini daripada pihak Gempak," tambah Syafie.
Ditanya bilakah tarikh pertunangannya putus, Syafie enggan memberikan sebarang komen. Begitu juga apabila ditanya sama ada mereka saling sayang menyayangi, Syafie tetap tidak mahu mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan.
Syafie Naswip dan Aishah Azman bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019, dan dijangka mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Namun, jodoh itu ketentuan Allah SWT.
Kredit Gambar: Gempak
Badrul Hashim
Tue Jul 23 2019


Bunga's Secret Garden & McD Virtual Rock Concert Menang Emas APPIES APAC 2022!
Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES Asia Pacific 2022 baru-baru ini.

Syarikat Safiey Ilias Didenda Di Mahkamah Miliki, Jual Produk Kesihatan Tidak Berdaftar
Tunggu dan lihat.

Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau
Hi nama saya Rain, ha gitu. Heheh
.png?ext=.png)
Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!
Peminat mahukan Atas Angin diteruskan

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - OOD
boleh pulak dia order upside down.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - ARTEH
Amboii abg ropie mengkome !! Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - HIGHLIGHT
Fuh makin banyak minggu makin hebat semua !

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - NGAM
Ngam tak ngam diorang ni? Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

Kapal Layar Mewah RM200 Juta Kejutkan Warga Kuala Perlis
Wow, bentuk macam kapal angkasa!

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Macam-macam kena tuduh!