EKSKLUSIF: Ikhwan Fatanna, Lin Ariffin Selamat Bernikah!
Amri Hassan
17/11/2023 13:46 MYT
17/11/2023 13:46 MYT
Dengan sekali lafaz, personaliti radio ZAYAN, Lin Ariffin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, penulis lirik dan komposer, Ikhwan Fatanna di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat pada pukul 8.45 malam, Jumaat.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ariffin Sharif dengan disaksikan jurunikah Ustaz Aziz, Pegawai Pendaftar Perkahwinan Daerah Hulu Langat.
Dalam majlis terbabit yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat pasangan pengantin itu, Lin atau nama sebenarnya Siti Amalina Ariffin menerima mas kahwin sebanyak RM300 yang diserahkan oleh Ikhwan Fatanna.
Majlis ijab kabul diacarakan oleh Fedtri Yahya dan turut menerima kehadiran personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas, Faisal Ismail, Hazwan, Hadhari dan rakan-rakan selebriti seperti Fitri Haris, Anim Ezati dan ramai lagi.
Majlis itu disiarkan secara langsung kepada para peminat ZAYAN menerusi Instagram dan TikTok Live ZAYAN.