Gaya Hidup

Elak Beli Minyak Zaitun Dara Palsu! Bau Yang Asli Seperti Daun Inai Ditumbuk - "Rasa Pula Sedikit Pedas Bila Ditelan"

Amri Hassan
12/02/2024
12:30 MYT
Olive Jardin Marketing menjalin usahasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian klinikal mengenai minyak zaitun dara hasil perahan buah zaitun putik yang memberi manfaat besar kepada kesihatan dan kecantikan.
Menurut Pengarah Urusan Olive Jardin Marketing, Muhd Shakir As-Salam Ya, pihaknya mengambil tanggungjawab dalam memberi kesedaran kepada pengguna akan isu ketulenan minyak zaitun yang berada di pasaran.
Malah jelasnya, sehingga kini dipercayai tidak sampai 10 peratus minyak zaitun tulen yang dijual.
“Kajian bersama UniSZA berjalan sejak 1 Januari 2024 dan dijadualkan berjalan selama sembilan bulan bagi membuktikan keberkesanan minyak zaitun tuaian muda terhadap penyakit metabolik.
"Dan kami sendiri mempunyai Jabatan Kajian dan Pembangunan yang diketuai oleh Oleochemist yang sentiasa menjalankan kajian dalam pemilihan, perincian dan produk yang dipasarkan.
“Malah fasa pertama ini akan memberi fokus kepada kesan penyakit metabolik dan kardiovaskular. Bagaimana amalan pemakanan minyak zaitun dara ini dapat mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.
"Selain itu, banyak perimeter yang digunakan untuk mengukur keberkesanannya,” katanya ketika selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Olive Jardin dan UniSZA.
Tambah Shakir lagi, ketulenan minyak zaitun dara hanya boleh disahkan oleh analisis kimia dan ujian organoleptic yang diiktiraf International Olive Council (IOC).
Malah ciri-ciri khas minyak zaitun dara yang sebenarnya boleh dikesan melalui aroma dan rasa.
“Kaedah paling mudah bagi saya, semua minyak zaitun adalah palsu kecuali dibuktikan dengan sijil analisis makmal yang dicetak di setiap kotak.
"Nilai ‘free acidity’ yang rendah dan ukuran median kesegaran buah yang tinggi merupakan ukuran utama dari segi kualiti yang ditetapkan IOC.
“Buat masa ini produk utama yang dihasilkan adalah Zoutina Prestige hasil perahan buah zaitun muda yang belum matang.
"Paling hampir saya boleh katakan baunya seperti jambu batu atau daun inai yang ditumbuk, itu lah minyak zaitun dara asli.
“Minyak yang tulen mesti mempunyai aroma dan rasa segar semula jadi, sedikit pahit dan sedikit pedas ketika kita cuba menelannya,” katanya.
Sementara itu, menurut Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Fadzli Adam, kajian klinikal pertama di Malaysia ini diharap dapat mengembangkan ilmu dan penyelidikan yang memberi manfaat dan strategi pencegahan penyakit.
“Kajian penyelidikan saintifik ini boleh dijadikan rujukan yang jelas dan berasas kepada masyarakat selain memberi peluang untuk mengeksplorasi potensi terapi baharu pemakanan yang lebih baik dan strategi pencegahan penyakit.
“Malah secara tidak langsung dapat membina kesedaran mengenai pemilihan pemakanan yang betul dan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101

gempak
23/07/2024
18:41 MYT
Syarikat eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster baru-baru ini mengumumkan pensijilan Halal rasmi yang diperolehi.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

gempak
15/07/2024
11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.