Hiburan

Elak Jadi Isteri Kedua, A Aida Tolak Lamaran RM20 Juta

gempak
Kamaruddin Razal
19/09/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
Elak Jadi Isteri Kedua, A Aida Tolak Lamaran RM20 Juta
Enggan hidup bermadu, penerbit sensasi Datuk A. Aida menolak lamaran seorang lelaki yang mahu menjadikannya isteri kedua.
Menurut Aida, dia tak kisah untuk membuka hatinya menerima cinta baru, asalkan lelaki terbabit tidak berstatus suami orang.
"Sejujurnya, semenjak kembali solo, memang ada beberapa lelaki cuba mendekati tetapi sebolehnya saya tak mahu terpaut sayang dengan suami orang.
"Lebih kurang tiga bulan lalu, ada seorang lelaki yang mahu melamar saya menjadi suri hati. Katanya, dia mahu melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta.
"Sekiranya saya bersetuju, dia mahu memindahkan wang terbabit ke dalam akaun saya.
"Malangnya, saya terpaksa menolak lamaran itu adalah kerana dia sudah beristeri.
"Lelaki terbabit juga sanggup menambah jumlah wang jika saya merasakan ia masih belum mencukupi.
"Saya tetap dengan pendirian untuk menolaknya kerana lelaki kaya raya bukanlah apa yang saya mahukan.
"Saya mempunyai kewangan yang kukuh dan apa yang penting, saya tak mahu hidup bermadu," katanya.
Aida ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik dan kecantikan milik pelakon Zoey Rahman, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada Jumaat.
Tambah penerbit ini, dia selesa berkawan dengan sesiapa sahaja buat masa ini.
"Bila kembali solo, saya mahu fokus kepada diri sendiri dan bidang perniagaan.
"Saya lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, rasa macam sudah terbiasa menjalani kehidupan solo.
"Saya tak tolak jodoh, bila tiba masanya, saya terima. Cukuplah lelaki yang boleh membimbing saya kerana kekayaan bukan apa yang saya cari," katanya lagi.
Sebelum ini, Aida pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan, itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.
Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak didedahkan.
Seterusnya, Aida mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rahul, 11.
Kemudian, Aida melangsungkan pernikahan dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018, namun bercerai 10 bulan kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024