Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyediakan program maklumat, pendidikan reproduktif, dan aspek kehidupan yang komprehensif buat semua remaja, sebagai usaha bagi mencegah kehamilan yang tidak diingini dalam kalangan mereka.
Persatuan itu berkata dengan mengambil tindakan bersifat menghukum dan mengabaikan pendekatan pendidikan, ia akan menghalang kalangan mereka hamil di luar nikah mendapatkan bantuan, dan kemudiannya ibu muda ini akan cuba menyelesaikan masalah itu, yang akan membawa kepada gejala bayi ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.
"Remaja kita menggunakan pelbagai sumber maklumat seks dalam mencari penyelesaian berikutan kekurangan program pendidikan reproduktif dan kehidupan yang komprehensif untuk mendidik mereka yang aktif secara seksual ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Persatuan itu berkata demikian sebagai merujuk kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang antara lain meletakkan kehamilan tanpa nikah sebagai kesalahan jenayah.
Menurutnya tindakan menganggap wanita hamil sebelum bernikah sebagai jenayah, jelas gagal memahami isu yang lebih besar mengenai penyakit sosial ini, yang akan memberi kesan buruk kepada nasib wanita dan anak mereka yang belum lahir.
Persatuan itu juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menganjurkan kempen kesedaran mengenai kesan berbahaya kehamilan remaja terhadap kesihatan, peluang melanjutkan pelajaran dan kesejahteraan sosial.
"Selain itu, pihak berkuasa harus menyediakan perkhidmatan yang bukan bersikap menghukum, belas kasihan dan sokongan kepada gadis dan pasangan mereka yang menghadapi kehamilan yang tidak diingini; tanpa mengira umur, bangsa, agama atau status perkahwinan, di samping melindungi kesihatan fizikal serta mental mereka melalui penyediaan perkhidmatan antenatal empati dan keselamatan.
"Paling penting, remaja perlu dihalang daripada berhenti sekolah. Tindakan melindungi mereka sehingga pendidikan menengah telah terbukti dapat mengurangkan tingkah laku berisiko tinggi, termasuk kehamilan remaja," katanya.
Sumber: Bernama
Gempak
Sun Dec 04 2022
.png?ext=.png)
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS
Tahniah Taylor Swift