Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan video atau gambar insiden helikopter terhempas di media sosial bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.

Farouk berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

"Pihak Polis Ampang Jaya juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan atau menghubungi talian telefon 03-4289 7343 atau 03-4289 7344 untuk menyalurkan maklumat," katanya.

[[BACA: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Maut: Jatuh Berdekatan Rumah Pelakon Sharifah Shahira]]

Dalam pada itu menurut Farouk, polis sudah merakam tujuh saksi dan mengenal pasti 20 saksi lain untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Katanya lagi, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan pada jam 9 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

"Proses bedah siasat diketuai Prof Dr Faridah Mohd Nor di Unit Patologi Forensik, Jabatan Patalogi HCTM.

[[BACA: Sharifah Shahirah Cerita Detik Helikopter Jatuh 1 Kilometer Dari Rumah: "Bunyi Macam Bom Ingatkan Tanah Runtuh ..."]]

Bedah siasat dilakukan dahulu ke atas mayat Komander (B) Mohamamed Sabri Baharom, 56, (juruterbang) diikuti mayat, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, (penumpang)," katanya menerusi sebuah kenyataan.

Dalam kejadian jam 11.44 pagi semalam, helikopter dinaiki kedua-dua mangsa terhempas di Taman Melawati, Ampang.

[[BACA: Hanya 20 Individu Dibenarkan Hadir...Jenazah Nahas Helikopter, Allahyarham Mohd Sabri Selamat Dikebumikan]]