Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elak Kontroversi, Top 5 FFM Ke-29 Tidak Akan Diumumkan Awal

Rozaimi Zubaidi
29/08/2017 11:36 MYT
Demi mengelakkan kontroversi sama terjadi seperti tahun lalu, lima pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29) tidak akan diumumkan awal sebelum anugerah bermula.

Menurut Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, berkata, perkara ini dilakukan adalah untuk mendapat sambutan dan berharap dengan cara ini akan mendapat sambutan daripada pengiat seni.

"Ini merupakan kelainan yang ada pada tahun ini kerana kami tidak akan mengumumkan lima pencalonan akhir.

"Ini kerana untuk mengurangkan kontroversi yang berlaku seperti tahun lalu dan kami cuma akan mengumumkan lima pencalonan akhir pada malam anugerah sahaja.

"Ia merupakan strategi bagi memastikan orang yang bertanding supaya dapat hadir pada hari anugerah kerana jika lima pencalonan akhir diumumkan awal mungkin mereka yang tidak terpilih tidak akan hadir.

"Buat masa sekarang kami telah mendapat sebanyak 42 pencalonan filem dan sebolehnya kami ingin mencapai sasaran sebanyak 81 pencalonan,"katanya kepada Astro Gempak.

Mohd Khusairi ditemui pada sidang media FFM29 yang diadakan di Panggung Mini P. Ramlee, Finas pada Selasa.

FFM ke-29 akan berlangsung pada 23 September ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dengan bertemakan Transformasi Citra Karya.

FFM ke-29 akan bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Antara filem-filem yang telah dicalonkan adalah Hanyut, Pekak, Rock Bro!, Redha, Kau Yang Satu, Desolasi, Lebuhraya ke Neraka dan Adiwiraku.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Pelakon #Festival Filem Malaysia ke-29 #FFM29
;