Hiburan

Elak Makanan Berminyak Untuk Jaga Kesihatan - Alif Satar

gempak
Rozaimi Zubaidi
07/01/2017
09:05 MYT
Sponsor Banner
Elak Makanan Berminyak Untuk Jaga Kesihatan - Alif Satar
Pelakon dan penyanyi Alif Satar akui perlu menjaga pemakanan agar kesihatannya segera pulih seperti biasa.
Menurut Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 27, dia perlu mendapatkan vitamin tambahan seperti vitamin C untuk segera pulih daripada masalah kesihatan yang dihadapi.
"Saya perlu mengambil banyak vitamin C supaya kesihatan saya pulih seperti biasa.
"Pada masa yang sama, saya mengelak memakan makanan berminyak kerana tidak mahu kesihatan saya terjejas dan sakit menjadi semakin teruk.
"Apa yang saya harap pada masa kini adalah dapat kembali pulih dan memberikan aksi terbaik pada setiap persembahan yang dilakukan," katanya kepada Astro Gempak.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pementasan Dia Semanis Honey, di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pementasan Dia Semanis Honey yang diarahkan oleh pelakon Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee ini akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Januari 2017.
Selain Alif Satar, pelakon lain yang terlibat ialah Siti Nordiana, Nadya Syahera, Datin Nina Juren, Dafi Ismail Sabri, Ungku Hariz serta Marsha Milan Londoh.
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM 40 hingga RM180 di laman web www.airasiaredtic.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024