Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

Ainun
09/10/2024 12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.

Rosyam atau nama sebenar Mohammad Nor Shamsuddin, 57, berkata dia perlu mengawal pengambilan makanan dalam kehidupan seharian serta mengelakkan diri dari mengambil gula secara berlebihan.

“Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia sebegini, saya terpaksa menjaga pemakanan dengan lebih ketat.

“Saya tak boleh makan terlalu banyak, walaupun sekali-sekala saya ada makan juga. Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia”, katanya kepada Gempak.


Namun begitu, Rosyam juga mengambil perhatian lebih terhadap penyakit diabetes yang ramai orang Malaysia berdepan masalah itu.

“Saya hairan, sekarang ini apabila saya beli makanan di luar, kebanyakannya terlalu manis. Saya tak faham kenapa ini berlaku, sedangkan ramai rakyat negara ini menghidap penyakit kencing manis.

“Penyakit kencing manis sebenarnya tiada ubat, hanya boleh dikawal melalui pemakanan harian kita,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon terkenal itu turut memberitahu dia turut melakukan senaman untuk mengekalkan tubuh badannya agar terus sihat dan cergas.

“Apa-apa pun, kesihatan perlu dijaga, selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta, asalkan badan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan,” kongsinya.

BERITA TRENDING: “Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

BERITA TRENDING: Tak Simpan Rahsia, Lelaki Ini Selamba Bawa Empat Isteri Semasa Berkempen

BERITA TRENDING: Astro Naik Taraf Barisan Saluran Sukan

BERITA TRENDING: Guna Elemen Persembahan Penuh Aksi Lasak & Berisiko, Konsert Sulung Drama Band ‘The Hardest Malam Drama’ Cipta Sejarah!

#Tips #Datuk Rosyam Nor #Kesihatan #Gula #Sihat #Nor #Rosyam #kekal
;