Laman Utama

Elak Sp*rma Dicuri, Model Instagram Dakwa Drake Letak Sos Pedas Dalam K*nd*m

gempak
Amri Hassan
13/01/2022
03:51 MYT
Sponsor Banner
Elak Sp*rma Dicuri, Model Instagram Dakwa Drake Letak Sos Pedas Dalam K*nd*m
Seorang model Instagram mendakwa penyanyi rap popular Drake telah meletakkan sos pedas dalam kondom terpakai selepas pasangan itu melakukan hubungan intim baru-baru ini.
Memetik laporan MTO News, model wanita itu telah menyelinap masuk ke dalam tandas dan mencari semula kondom yang dipakai Drake untuk mencuri sperma milik penyanyi itu.
Cuba menghamilkan dirinya selepas hubungan intim yang dipersetujui kedua-dua pihak itu, wanita terbabit didakwa cuba mendapatkan semula sperma milik Drake.
Namun, nasib tidak menyebelahi wanita berkenaan apabila alat pencegah hamil itu telah dicampurkan sos pedas bagi membunuh sperma dipercayai secara kaedah konvensional. Difahamkan wanita itu tiba-tiba menjerit kepanasan apabila menuangkan sperma terbabit ke atas kemaluannya. Pada Selasa, penyanyi yang popular dengan lagu Hotline Bling itu berkongsi hantaran di Instagram berbunyi; "Kamu boleh popular selama 15 minit dan saya ambil selebihnya 23 jam 45 minit."
Kini, wanita berkenaan tampil mengugut untuk menyaman Drake atas tindakan luar jangka itu.
Meskipun situasi itu agak canggung, namun ada yang memuji tindakan Drake yang difikirkan bijak. Malah, beberapa memes dan jenaka juga diviralkan oleh peminat merujuk kepada insiden berkenaan.
Untuk rekod, Drake mempunyai seorang anak lelaki bernama Adonis Graham bersama model dan bekas pelakon filem dewasa Sophie Brussaux.
Sumber: Too Much Hot Tea, MTO News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024