Viral
Elcah Sedih Sepupu Maut Di New Zealand - “Macam Tak Percaya Tapi Kami Kena…”
Salah seorang pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand baru-baru ini merupakan sepupu kepada pempengaruh media sosial, Elcah.
Elcah menerusi Instastory memberitahu dia dan ahli keluarganya terkejut apabila dimaklumkan berita tersebut namun reda dengan pemergiaan sepupunya, Wan Adlina Alisa.
“Macam tak percaya tapi kami kena percaya! Tak apa, semoga Alisa ditempatkan dengan orang yang baik-baik di sana. Kami semua sayangkan Wan Adlina Alisa.
“Elcah nak minta semua pengikut untuk sedekahkan Al-fatihah buat sepupu saya,” kongsi Elcah.
Arwah Baik & Masih Muda
Pada perkongsian yang berbeza, Elcah berkata mereka sekeluarga tidak menyangka akan menerima berita sedih ketika dalam keterujaan menyambut 10 malam terakhir Ramadan.
“Ya! Kita orang yang sepupu pun macam tak percaya apatah lagi her parents. Alisa muda dan baik sangat budaknya… tak nak menangis tapi rasa sebak sangat!
“Mengetahui perkara ini secara tiba-tiba, semua teruja mengenai 10 malam terakhir Ramadan tapi Allah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang. We all Love you Alisa,” ujarnya.
Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pelajar maut dalam insiden itu pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan, Sabtu lalu.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan membabitkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut Universiti of Canterbury, manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.
BERITA TRENDING: Rakan Baik Syada Bengang Niat Baik Disalah Erti - “Ada Netizen Nak Kaitkan Kes Cerai, Buka Tudung”
Must-Watch Video