Pelakon Elfira Loy memberitahu telah dipaksa oleh ibunya untuk berlatih membuat kerja rumah sebelum bergelar isteri Sufian Suhaimi.
Elfira, 23, berkata rutin hariannya kini sudah berubah dan dia kini mula belajar memasak.
"Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak.
"Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak.
"Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari.
"Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak sedikit demi sedikit," katanya kepada Astro Gempak.
Elfira dan Sufian bakal mengikat tali pertunangan pada Oktober ini.
Bercakap mengenai hubungannya dengan Sufian, Elfira gembira ia berjalan lancar sejak mula perkenalan mereka.
"Sufian ni seorang lelaki yang matang dan serius dalam perhubungan.
"Bila dia kata nak kenal dengan saya itu dia benar-benar serius sehingga berani melangkah ke fasa merisik.
"Saya sudah berjumpa dengan ramai lelaki dan tiada lelaki yang masih bersama saya selepas tiga bulan seperti dia," katanya lagi.
Sufian dan keluarga telah menghantar rombongan merisik di rumah keluarga Elfira lebih tiga bulan lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Aug 31 2017


Mamat Got No Chill Dah Kahwin, Ramai Puji - “Wife Dia Cantik, Comel”
Alhamdulillah, selamat pengantin baru Mamat.

Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!
Fan Bingbing kata sedap durian Malaysia!

#TRAVELMANA: Ini Sebab Kenapa BTS ARMY Perlu Mengunjungi Pameran B-VERSE (BTS, Singing The Stars)
Jom BTS ARMY!

Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna
Pulak dah?
_1.png?ext=.png)
#TRAVELMANA: Cuti Krismas Tak Tahu Pergi Mana? Rasai Pengalaman Menaiki Luge Bersama Keluarga Di Skyline Luge Kuala Lumpur!
Wow! Bestnya

Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares
Tahniah Jojo!

Beri Sebab Berdiam Diri, Ibu Luah Kerinduan Pada Zayn: “Jumpa Lagi Ya Abang”
Ini sebabnya

Suspek Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Mungkin Ada Rekod Jenayah Seksual
Allahuakhbar...

Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap, Apakan Daya..."
Persiapan semua dah siap!

Mak Cik Kemboja Akui Dalam Keadaan Baik - “Kenapa Aku Nak Menangis Tentang Dunia?”
Mak Cik Kemboja tak nak menangis