Elfira Loy Jawab Punca Upload Gambar Hitam Putih & Kapsyen Meragukan Di Instagram...

Amri Hassan
September 4, 2020 09:50 MYT
Mencetuskan tanda tanya ramai setelah memuatnaik foto hitam putih berserta kapsyen 'that smile is limited edition now', pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan situasi sebenar.
BACA: "Senyuman Dah Jadi 'Limited Edition'" - Foto Hitam Putih & Kapsyen Elfira Loy Undang Kerisauan Peminat
Kata Elfira, kapsyen foto terbabit tiada kaitan dengan keadaan dirinya yang dianggap sedang berdepan masalah.
Jelasnya, disebabkan galeri telefon pintarnya sudah dipenuhi dengan gambar permata hatinya, Muhammad Ryan Khalaf, itu hanya foto dirinya yang ada dalam simpanan untuk dikongsikan kepada peminat.
"Gambar saya tersenyum secara candid sangat terhad disebabkan anak saya ini.
"Kemana-mana sahaja kami pergi, kamera hanya tertumpu pada dia. Jadi, album gambar saya penuh dengan gambar dia sahaja.
"Sebab itulah satu-satunya foto candid saya yang dicuri-curi rakam oleh suami saya yang ada ketika ada orang menjaga Ryan," jelasnya.
Terdahulu, tindakan Elfira berkongsi gambar hitam putih dengan kapsyen meragukan itu mencetuskan kebimbangan peminatnya.
Selain penerangan berkenaan, Elfira turut memuat naik foto Ryan yang sedang tersenyum memandang kamera.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Khairol Faris Anuar di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya pada 1 Januari tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu.
#pelakon #Elfira Loy #Pelakon #Gambar