Berita

Elfira Loy Tayang Kereta Pertamanya, Mercedez Benz

gempak
Rozaimi Zubaidi
08/09/2017
02:44 MYT
Sponsor Banner
Elfira Loy Tayang Kereta Pertamanya, Mercedez Benz
Pelakon Elfira Loy, 23, bersyukur kerana hasil kerja kerasnya selama ini dia dapat memiliki sebuah kereta idamannya, Mercedez Benz.
Elfira berkongsi foto bersama kereta mewah tersebut di laman Instagram (IG) miliknya semalam.
Menerusi entri tersebut, Elfira kelihatan teruja dan gembira dengan kejayaan dirinya yang baru sahaja memiliki kereta pertamanya itu.
Sementara itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.
Entri tersebut dihujani ucapan tahniah daripada peminatnya yang turut berbangga dengan kejayaan pelakon tersebut.
Selain berlakon, Elfira juga seorang pengusaha cafe dan miliki tudung jenamanya sendiri.
Foto: Instagram ElfiraLoy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024