HIBURAN
Elisya Sandha & Suami Sambut Hari Jadi Bunga Elhaq Sederhana, Penuh Ujian - “Mommy Luka Bernanah, Adik Baru Keluar Sebulan”
Selebriti Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy, menyambut ulang tahun kelahiran ke-3 anak sulung mereka, Bunga Elhaq, dalam suasana yang cukup sederhana dan penuh emosi, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Uzair berkongsi momen yang sepatutnya meriah itu bagaimanapun sedikit suram apabila puteri sulung mereka tidak sihat pada hari istimewanya.
“Selamat ulang tahun anak daddy @bungaelhaq, Daddy and Mummy nak minta maaf pada you. Tahun ni kita celebrate secara berserdehana. Bukan kerana sengaja, tapi waktu yang tak menyebelahi. Macam macam Daddy and Mummy di duga.
“Dan hari ni, you pulak tak sihat. Lembik je. Daddy tak pernah tengok you macam ni bila dapat present. Selalu nya yang paling bising, paling excited and paling energetic memang Bunga Elhaq lah nama dia,” coret Uzair beserta video momen meraikan Bunga.
Kongsi Uzair lagi, sambutan tahun ini berlangsung dengan penuh kesederhanaan kerana beberapa ujian yang menimpa keluarga kecilnya termasuk Elisya yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin dan mengalami luka yang bernanah.
“Mungkin ada hikmah disebalik semua ni sayang, Mummy luka bernanah, Adik baru keluar sebulan, You pulak birthday tak sihat dan macam macam lagi.
“Barangkali ada rahsia Allah disebalik semua yang Mummy and Daddy tengah hadap sekarang,” tutupnya.
Terdahulu, Elisya selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberni nama Bahtera Elhaq pada 16 Mei lalu.
Untuk rekod, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.