Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Elizabeth Tan Dedah Sanggup Berjaga Malam Kerana Ini - "Memang Addictive!"

Amri Hassan 17/05/2025 | 03:54 MYT
Penyanyi, pelakon dan pempengaruh sensasi, Elizabeth Tan, 31, atau lebih dikenali sebagai Lizzy, mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya sebenarnya seorang gamer tegar sejak zaman kanak-kanak lagi.
Menurut Lizzy, minat luar biasa itu bermula hasil pengaruh abangnya sendiri yang juga seorang ‘kaki game’ hardcore.
“Saya memang gila main game dari kecil. Abang saya memang kuat main game, jadi saya pun ikut sama. Antara game kegemaran saya sekarang ialah Lineage2M,” ujarnya dengan penuh semangat.
Bukan main-main, Lizzy mengakui pernah berjaga malam secara rahsia tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai sesi permainan bersama pemain dari seluruh dunia.
“Saya jenis ‘hardcore’. Kalau dah fokus dalam game tu, sanggup tak tidur. Lineage2M ni memang addictive!" ujarnya.
Paling mengejutkan, Lizzy turut berkongsi kisah benar mengenai kawannya yang bertemu jodoh melalui permainan video yang sama.
“Betul! Kawan saya berkenalan dengan suaminya sekarang ketika main Lineage2M. Bermula sebagai kawan dalam game, akhirnya jadi pasangan hidup. Siapa sangka?” tambahnya.
Walaupun hobi bermain permainan video sering dipandang sepi oleh sesetengah pihak, Lizzy tegas mempertahankan minatnya itu.
“Saya percaya jika dimainkan secara terkawal, game sebenarnya boleh latih otak kita, bagi fokus lebih tajam dan reaksi lebih pantas. Ia sangat membantu dalam kehidupan sebenar," katanya lagi.

Kotak misteri

Dalam satu lagi kejutan yang bikin ramai cemburu, Lizzy menerima kotak misteri eksklusif Lineage2M yang dihantar terus menggunakan dron!
“Masa dron tu sampai, saya rasa macam dalam filem! Saya pernah tengok konsep ni luar negara, tak sangka saya sendiri alami dekat Malaysia. Memang futuristik gila!" tambahnya.
Kotak misteri tersebut merupakan sebahagian daripada kempen khas menjelang pelancaran rasmi Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. Lizzy antara selebriti terawal yang menerima penghantaran eksklusif ini pada 10 Mei lalu.
Turut menerima kotak sama ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, serta pempengaruh terkenal Cathryn Li dan Han Xiiao Aii. Video kempen itu kini meledak di media sosial, dengan lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari!
Sebagai sambungan kepada francais legenda yang bermula sejak tahun 1998, Lineage2M kini kembali dengan grafik 4K sinematik, pertempuran real-time berskala besar, dan cross-platform gameplay – menjanjikan pengalaman MMORPG tanpa kompromi!
“Kalau dulu main game sebab suka, sekarang Lineage2M bawa kita ke dunia fantasi yang betul-betul real. Memang next level!” kata Lizzy lagi.
#pelakon #Elizabeth Tan #Lizzy #Game