Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elizad Minta Watak Berat Dalam HYD, Teringin Nak Ada Scene Dengan Iqram Dinzly

Amri Hassan
02/02/2022 08:30 MYT
Pelakon Elizad Sharifuddin antara bintang baharu yang mewarnai drama rantaian popular Hati Yang Dikhianati (HYD).

Melakonkan watak sebagai Tasya, jelas Elizad dia mahu menjadikan karakter itu berat dan mampu memancing peminat untuk setia dengan lakonannya.

"Pada awalnya, Tasya ada masalah bersama diri sendiri di mana dia kehilangan suami. Namun dia kemudian bangkit dan dia sebenarnya merupakan seorang peguam.

"Karakter Tasya masuk mulai episod 100 ke atas. Awalnya karakter ini belum beritahu siapakan gerangan dirinya namun makin lama berat watak Tasya itu sendiri. Barulah forte hidup saya!

"Saya memang suka karakter berat. Bila dinaikkan, saya rasa gembira dan saya sendiri tidak mahu lihat karakter itu ‘mellow’ sahaja. Bila dapat skrip, kita nak karakter diikuti dan ada hook pada penonton.

"Itu tanda apresiasi kita pada kerja. Jiwa saya suka dengan cerita dan karakter yang berat-berat," katanya yang turut teruja kembali ke set arahan Bade Azmi.

Dalam pada itu, Elizad merakamkan rasa teruja apabila kemunculannya dan Iqram dalam episod baharu HYD disambut baik oleh penonton.

Malah, Elizad juga teringin untuk berkongsi layar kaca bersama Iqram.

"Saya diberitahu, mulai episod 100 dan ke atas kami diberi peluang oleh pihak produksi dan Astro tentang kemunculan saya dan Iqram tetapi, tapi belum ada adegan langsung dengan Iqram.

"Saya nak ada ‘scene’ dengan dia. Dia buat comeback dan kemunculan kembali dia tu menjadi, saya teruja. Kalaulah dapat satu adegan dengan dia, mesti lagi best.

"Kita nak setiap adegan dan cerita berjalan dengan baik supaya orang terima kami walaupun bermula dari episod 100 ke atas. Harap penonton enjoy dengan konflik-konflik baru yang disediakan," tambahnya.

Bagi menyuntik kelainan segar sekaligus merancakkan lagi kisah penuh dramatik naskhah adaptasi ‘Mis Tres Hermanas’ itu, Elizad dan Iqram Dinzly dibawa masuk untuk menyandang dua watak baharu yang diperkenalkan pada pertengahan jalan cerita.

Elizad melakonkan watak Tasya, seorang peguam yang sedang berperang dengan masalah depresi selepas kematian suaminya. Pada mulanya, niat Tasya hanya untuk membantu Elyas kerana iras wajah Elyas mengingatkan Tasya kepada arwah suaminya.

Namun lama-kelamaan hatinya semakin tertaut dan mula jatuh cinta dengan Elyas sehingga menimbulkan konflik apabila Lisa yang telah lama hilang muncul semula.

Manakala Iqram Dinzly pula membawakan watak antagonis bernama Azran, seorang bekas banduan yang juga merupakan bekas teman lelaki Maria. Azran juga merupakan seorang psikopat yang suka menipu. Azran memasang hasrat untuk merampas legasi Solis sekaligus menjatuhkan keluarga Dato’ Ghafar.

Sehingga kini, drama ini sudahpun bersiaran lebih 100 episod menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) atau strim di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#pelakon #Viral #Elizad Sharifuddin #Iqram Dinzly #Watak #Karakter #Hati Yang Dikhianati #HYD
;