Hiburan

Ella Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Melawat Kem Pelarian Palestin Dan Syria Di Lubnan

gempak
Azwa Rahman
10/04/2019
05:20 MYT
Sponsor Banner
Ella Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Melawat Kem Pelarian Palestin Dan Syria Di Lubnan
Ratu rock negara, Ella dan suami teruja kerana buat julung kalinya dilantik sebagai ikon kemanusia sekaligus melancarkan kempen #1follower1ringgit.
Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 53, berkolaborasi bersama Kedamaian Kemanusian Berhad (KKB) dan bakal mengikuti misi melawat kem pelarian warga Palestin dan Syria di Lubnan pada 26 sehingga 30 April ini.
Misi kemanusian KKB untuk pelarian Palestin dan Syria kali ini melibatkan beberapa buah kem antaranya, Beqaa, Aakar (kem Syria) dan Beirut (kem Palestin).
Sememangnya rasa terpanggil untuk menyertai misi ini, Ella dan Kapten Azhar Ghazali, 38, mahu berkongsi penderitaan mangsa serta memberi kebahagian sebagai rakyat Malaysia di kem pelarian tersebut.
"Hajat untuk ke kem pelarian dan melawat mereka di sana sememangnya ada. Kami pernah menerima tawaran sebelum ini, tetapi terpaksa menolak atas faktor jadual yang padat," jelasnya.
Sebagai ikon KKB yang berperanan mempromosikan kutipan derma #1follower1ringgit bermula hari ini, anda boleh membantu meringankan beban mangsa di kem pelarian dengan menderma dengan cara yang paling mudah.
Anda hanya perlu mengimbas kod QR di laman sosial KKB ataupun di laman sesawang www.kkb4u.org untuk menghulurkan derma. KKB mensasarkan RM500,000 untuk dibawa ke misi kemanusian kali ini untuk menampung keperluan pendidikan, perubatan, makanan dan kewangan pelarian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024