Penyanyi terkenal Hollywood, Ellie Goulding, 31, mendedahkan bahawa dia pernah mengalami masalah kemurungan yang serius terutamanya pada tahun 2010.

Namun begitu, Ellie menyatakan dia berjaya merawat kemurungannya dengan sentiasa aktif menyanyi dan mendengar muzik.

"Kaedah ini mungkin tidak berkesan kepada orang lain, tetapi ia sangat membantu untuk diri saya memandangkan muzik sudah sebati dengan diri saya sejak kecil lagi.

"Kemuncak kemurungan saya berlaku pada tahun 2010, ketika itu saya benar-benar merasakan tekanan dan menghidap serangan panik berkali-kali.

"Apabila sudah mengharungi semua itu, saya kembali kepada muzik, akhirnya saya beransur pulih dan kembali tenang," kata Ellie.

Sehingga kini, Ellie sentiasa aktif menyanyi dan sentiasa menghadiri undangan persembahan di seluruh dunia.

Teks : Asraf Aided
Sumber : devdiscourse.com