Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ellie Suriaty kena ‘Mengorat' dengan VVIP Berstatus Suami Orang - “Ada Assistant Dia Datang Cari…”

Asyikin Mayudin
30/10/2023 04:52 MYT
Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan dia pernah diganggu oleh lelaki berstatus golongan VVIP ketika bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

Menerusi video temu bual bersama penyanyi, Zarul Umbrella, Ellie berkata kejadian berlaku ketika dia sedang melayani penumpang 'first class' di dalam pesawat.

Malah kata pengarah berumur 53 tahun ini, VVIP itu sangat dikenali serta memegang status suami orang.

“Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan. Bila penumpang tanya, kita jawab la.

“Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard,” kata Ellie.

Cerita pemilik nama Ellie Suriaty Omar, individu berpengaruh itu telah menghantar pembantu untuk bertemu dirinya bagi mendapatkan nombor telefon.

Bagaimanapun, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 tidak menuruti permintaan tersebut lalu 'bersembunyi' di dalam bilik air.

“Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengeh-sengeh. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti.

“Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu. Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk bos dia.

“Saya cakap sekejap lalu masuk ke dalam bilik air. Tak keluar-keluar,” kongsi Ellie lagi.

BACA SINI: Ellie Suriaty Minta Jangan Terpedaya - "Kata-Kata Yang Ditulis...."


#Ellie Suriaty #Ellie pramugari #Ellie VVIP
;