Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Ellie Suriaty Mengamuk, Wanita Kacau Suami Tengah-Tengah Malam - "Dah Nak M*mpos Sangat Sampai Terdesak ..."

Amri Hassan 14/09/2020 | 04:00 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.
Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.
"Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?
"Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?
"Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?
"Dah nak m*mpos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?" tulis Ellie geram.
Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.
Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.
#pelakon #Ellie Suriaty #Pelakon #Azri Iskandar
;