Pelakon Faye Kusairi mempertahankan suaminya, Azmi Hata selepas ditempelak oleh Elly Mazlein kerana tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya buat anak mereka, Putri Sara Sefhia, 2.

Menerusi akaun Instgaram (IG) peribadinya, Faye mengucapkan terima kasih di atas segala teguran mahupun cacian serta makian yang diterima.

Menurut Faye jika suaminya terus dihentam bagaimana rezeki keluarga mereka hendak dimurahkan.

Jika murah rezeki, Faye berkata suaminya pasti akan memberikan wang sama rata kepada anak-anak bekas suaminya termasuk anak Elly.

Terima kasih atas segala teguran mahupun yg mencaci, memaki dan menghina. Terima kasih juga bagi yg mengatakan saya dan suami hidup mewah. Saya ambil kata kata itu sebagai satu doa. InshaAllah, Aamiin. Kalau sudah hidup mewah nanti, InshaAllah lagi mudahlah urusan suami nak bayar segala segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak anak Kak Yanti dan Elly semua dapat secara adilnya.. ini cerita kalau dah mewah lah. Tapi kalau dah ada yg mendoakan, Alhamdulillah. Bolehlah kita meng - aamiin - kan agar dipermudahkan dan lancar rezki suami saya demi anak anak masing masing. Kalau dok hentam kiri kanan atas bawah, macamanalah org tu nak dpt job... nak dpt duit nk bayar itu ini... logik lah kan? ? Jadi, harap paham paham sendiri je lah ye. Saya ni bukanlah orang yg suka menunjuk nunjuk. Namun rasanya ada jugak hamba Allah ni pernah post gamabr rumah kami kat ig dia. Rasanya nak tunjuklah kot kemewahan saya dan suami ni.. Nak tanya jugak, mewah ke? Tho, I'm pretty much sure your caption says it all. Kalau dah takde, mungkin dah delete lettew. Hehe.. Its ok. ? Rezki Allah beri tetap saya bersyukur. Be it rezki orang yg percayakan saya mahupun yg menegur dgn apa jua cara sekali..Including yg memaki, mencaci dan menghina saya. Mungkin itu cara kalian dibesarkan. Jadi, inshaAllah.. kami cuba hadamkan. Sama juga dugaan dan cabaran dariNya. Saya tetap terima dengan hati yg rela. Coz I believe in His hikmah. Allah is Almighty. Kalau salah saya utk percayakan ajaran yg diajar oleh agama kita, saya minta maaf. Apa yang saya mampu lakukan buat masa ni hanyalah doa yg baik2 buat suami, keluarga dan kalian sahaja. Semoga masing masing mendapat jalan penyelesaian yg terbaik secepat yg mungkin. Aamiin. You are who you are; magnified, this Ramadhan. Selamat Berpuasa.

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on