Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Elly Dakwa Azmi Tak Beri Duit Raya Anak, Faye Kusairi Tampil Pertahankan Suami

Syafiqah Jalal 12/06/2018 | 09:51 MYT
Pelakon Faye Kusairi mempertahankan suaminya, Azmi Hata selepas ditempelak oleh Elly Mazlein kerana tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya buat anak mereka, Putri Sara Sefhia, 2.
Menerusi akaun Instgaram (IG) peribadinya, Faye mengucapkan terima kasih di atas segala teguran mahupun cacian serta makian yang diterima.
Menurut Faye jika suaminya terus dihentam bagaimana rezeki keluarga mereka hendak dimurahkan.
Jika murah rezeki, Faye berkata suaminya pasti akan memberikan wang sama rata kepada anak-anak bekas suaminya termasuk anak Elly.
#Elly Mazlein #pelakon #Faye Kusairi #Pelakon #Azmi Hatta