VIRAL

Elly Mazlein Dedah Detik Mula Perkenalan Dengan Suami - "Bila Pandang Tu Terus ..."

Ainun Md Zooki 28/03/2025 | 05:55 MYT

Pengacara popular, Elly Mazlein berkongsi momen pertama kali berkenalan dengan suaminya, Mohamad Azlan telah menarik perhatian ramai.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina menceritakan pertemuan pertama mereka berlaku di sebuah majlis akikah anak kawannya.
“Masa kawan saya bersalin, saya tak dapat nak datang sebab ada kerja. Kemudian, saya pun datang dan bersembang dengan kawan.

“Tengah bersembang kawan suruh tengok meja sebelah sebab ada orang kacak,” katanya.

Pada masa sama, Kak Lina mendedahkan suaminya yang terlebih dahulu mengambil langkah berani untuk bertentang mata dengannya.
Tambahnya, dia cuba mengalihkan pandangan kerana ingin mengetahui sama ada suaminya benar-benar sedang memandangnya atau tidak.
“Jadi saya pun pandang, bila pandang tu terus bertentang mata dengan suami.

“Saya pun larikan pandangan dan berfikir sama ada dia tengah tengok saya atau tidak dan memang betul dia tengah tengok saya.

“Masa kejadian saya memang tengah rancak berborak tapi bila nampak suami terus berkelakuan baik,” kongsinya.
Untuk maklumat, Kak Lina dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Haider Mateen.
Sebelum ini. Kak Lina pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia.

BERITA BERKAITAN: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula

BERITA BERKAITAN: Masih Cari Rentak, Fiza Frizzy Enggan Diri Dibandingkan Dengan Pengacara Berpengalaman - “Dia Berada Di Atas, Saya Pula…”

BERITA BERKAITAN: Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

BERITA BERKAITAN: Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

#Elly Mazlein #Suami #Perkenalan #Detik