Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 39, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Mohamad Azlan, 29, pada 17 Januari depan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang baru sahaja melangsungkan pertunangan ini memilih seorang guru berasal dari Kelantan sebagai teman hidup.

Menurut Elly, dia berharap majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan bakal suami… Doakan semoga segala urusan perkahwinan kami berjalan dengan lancar.

“Kalau boleh saya mahukan setiap momen-momen majlis saya menjadi kenangan terindah buat saya dan suami… Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun Elly masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah bakal suaminya.

Elly memilih untuk mendedahkan wajah Azlan pada malam berinai yang bakal diadakan bulan depan.

BACA: Tahniah Kak Lina! Elly Mazlein Selamat Bertunang

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia.

Namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.