Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

Umirah Halim
17/09/2024 07:55 MYT

Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.

Sembunyi muka anak guna emoji

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berkata dia sengaja 'menyembunyikan' wajah dua anaknya dengan emoji pada setiap hantaran foto dimuatnaik di Instagram (IG).

Katanya, perkara tersebut dilakukan kerana dia berpendapat lebih banyak kebaikan apabila tidak berkongsikan foto anak-anaknya di media sosial.

"Saya memang memilih untuk menyembunyikan (wajah anak di media sosial) selagi yang saya mampu. Ini kerana, saya hanya 'menyembunyikan' atau meletak emoji di dalam IG saja.

"Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia dah besar.

"Cuma, di media sosial saja memang saya tak 'share' (kongsi) sebab pada saya lagi banyak kebaikan," katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan kelima kedai emas, Merchant9 di Wangsa Maju, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

​BERITA TRENDING: Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh

​BERITA TRENDING: Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

​BERITA TRENDING: Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

Dalam pada itu, Elly yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, bagaimanapun berpendapat terpulang kepada ibu bapa masing-masing sama ada mahu atau tidak berkongsi foto anak mereka di media sosial.

Malah, dia bersyukur anak perempuannya, Sephia faham dengan tindakan dibuat.

"Setiap ibu bapa ada cara mereka untuk anak-anak (dalam membuat perkongsian di media sosial). Tapi macam saya, memang saya memilih biarlah anak-anak berada di belakang tabir.

"Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu.

"Nanti, apabila dah besar ikut kepada Sefhia lah sama ada dia nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikTok dan sebagainya," ujarnya lagi.

Terdahulu, Elly berkahwin kali kedua dengan lelaki pilihan, Muhammad Azlan Che Nuh, 34, yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen, 3.

Sebelum itu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8.

#Anak #Wajah #Mazlein #Emoji #Sembunyi #Elly
;