Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
Gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Sponsor Banner
Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).

Kemelut rumah tangga berakhir

Menurut laporan BH Online, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.

"Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. "Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah," katanya yang kini berada di Kemboja.

Doakan yang baik-baik

Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.

"Semoga perkara yang sama tidak berulang," ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.

Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live