Isteri kepada pelawak Joey Daud, Watie Sadali tampil menjawab suaminya tidak terlibat mana-mana kes pemerdagangan manusia seperti yang dilaporkan media pada Selasa.

Menerusi laman sosial Instagram, Watie yang mewakili Joey berkata suaminya menjadi mangsa tekaan wargamaya kerana berasal daripada Johor dan berusia 40-an.

“Yer, suamiku juga menjadi mangsa sebab orang Johor dan pelawak.

“Elok je laki i ni kat rumah, kenapa cakap laki i okay ke tak okay. Adoi, kelakar la,” kata Watie menerusi IG Storynya.

Dia turut memaparkan video Joey sedang ketawa sambil mengusap sebuah replika gajah di rumahnya.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman IG milik Joey, ramai wargamaya yang meninggalkan komen sejak Selasa seolah-olah meneka sama ada Joey adalah individu yang direman atas kesalahan yang dinyatakan.



Selain Joey, antara nama pelawak lain yang turut menjadi tekaan wargamaya adalah Shahrol Shiro serta Wan Wala.

BACA: "Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya..." - Shahrol Shiro Nafi Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia

Terdahulu media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

BACA: "Turut Dirampas Bungkusan Kondom" - Pelawak 40-an Ditahan Atas Kes Pemerdagangan Manusia

Menerusi laporan Gempak pada Selasa, pelawak Tauke juga meluahkan rasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes tersebut.

BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan..." Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia