.

Pelakon Datin Elvina Mohamad menyelar tindakan penceramah bebas PU Syed yang mempersoalkan sesetengah pihak terlalu berbangga dengan aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Elvina menerusi laman Instastory miliknya meluahkan rasa hairan dengan sikap PU Syed yang menjadikan ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh atas pencapaiannya dianggap satu kesalahan.

“Kalau ucapkan tahniah kepada pemenang pun salah di mata ustaz, susahlah ustaz oi! Tak ada apa pun yang nak diherankan, dah orang tu menang, kita ucaplah tahniah,” ujarnya.

Elvina turut mempertikaikan tindakan penceramah agama yang hanya berdiam diri apabila terdapat isu melibatkan golongan mereka.

“Kalau para PU/Dai/Ustaz buat hal, buat masalah tak ada pula ustaz nak keluar statement apa-apa. Tau pula senyap! #annoying,” luah Elvina lagi.

Terdahulu, PU Syed mempertikaikan sikap sesetengah individu yang terlalu berbangga dengan pencapaian Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Akademi Oscar ke-95 baru baru ini.

Kata Syed, kejayaan tersebut tidak perlu dibanggakan kerana baginya tiada manfaat terutama kepada agama Islam.

Untuk info, pada acara berprestij itu, Michelle telah membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Everything All At Once.

BACA: PU Syed Pertikai Orang Ramai Teruja Michelle Yeoh Menang Oscar - "Kita Tak Boleh Berbangga Dengan..."